along punya story ! "aLoNg PuNyA sToRy": April 2011

Halaman

along punya story

Sabtu, 16 April 2011

.::Luahan Hati::.



Pertama kali ku dengar suaramu
sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun belum kita bersua muka
namun aku tetap jatuh cinta

Pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih.....

Akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu

Biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti

Sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh kasih....
Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Rabu, 13 April 2011

M-Fashionalize Shop

::: For Ladies ::: [ ready stock ]



>Perst , Necklace & ring<

ITEM :
Marc Jacobs Perst = cost RM32 each
MiuMiu Perst = cost RM32 each
Necklace = cost RM22 each
Ring = cost RM10 each

::: Limited Stock :::

::: visit our shop at UPTOWN DANAU KOTA 
OR
::: can make an order by delivery post

>unisex bags< :::small size::: [ready to stock]



>unisex - bags<

::: each bag cost RM38
::: Limited Stock :::
::: visit our shop at UPTOWN DANAU KOTA 
OR
::: can make an order by delivery post

>unisex bags< :::big size::: [ready to stock]


>unisex - bags<
::: each bag cost RM48
:::Limited Stock:::
::: visit our shop at UPTOWN DANAU KOTA
OR
::: can make an order by delivery post



>>>>>>>ORDER FORM<<<<<<<

DO SEND YUOR DETAILS IN INBOX FB "Menol Senpai"

1) FULL NAME & ADDRESS

2) CONTACT NO

3) ITEM TO PURCHASE

4) PREFERRED BANK FOR PAYMENT
*CIMB BANK

::: POST DELIVERY = +RM8

::: for more info pLz call : 012 - 4972011 (aminul)

Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Selasa, 12 April 2011

.:: kalau dah bosan .. ni La keje nye ::.

hahaha ..
korang kalau bosan korang pown boleh buat keje mcm aku ni ..
bagus ni ..
lagi-lagi dikalangan korang yang masih sekolah ..
hahaha ..
nak tahu ke tak keje pe yang aku buat time bosan ..
ni die .. JENG JENG JENG ^_^










korang pown boleh buat .. PERHATIAN :- jangan terlalu kejam dengan lalat tu .. nak bunuh .. bunuh terus .. jangan siksa binatang tu .. hahaha .. lagi 1 .. dah bunuh .. jgn sampai leper lalat tu .. ok .. tak dew pape soalan .. SELAMAT MENCUBA !! ^_^

Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Isnin, 11 April 2011

Surat Cinta Bahasa Kesasteraan Tahap Tinggi ^^,


PUTUS CINTA?? Ha, bg surat ni kat awek ex korg :D

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurikanostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit taliperutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.

Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan akumenghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.

Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.

Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Yang ikhlas,
kekasihmu..

Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



 
Copyright © . All Right Reserved by along slumber