along punya story ! "aLoNg PuNyA sToRy": 2012

Halaman

along punya story

Sabtu, 5 Mei 2012

NOBITA dan SIZUKA


Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk tadi..kelakar je cerita tu..xbosan kan?

Nobita : A’ah xbosan. Best!

Sizuka : Kalau best, kenapa awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy yang awk mengantuk?

Nobita : Errr~ hehe..


Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kan awk? Kalau tak, mesti sejuk dalam tu tadi.

Nobita : A’ah..betul3! takdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.

Sizuka : Kalau tak sejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu yang awk sejuk?

Nobita : Errr~ hehe..


Mereka pun menuju ke i-City..


Sizuka : Awk, sy cantik x?

Nobita : Awk kan syg sy..mestilah cantik..

Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je.. kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik.. kenapa ye?

Nobita : Errr~ hehe..


Mereka pun tiba di i-City..


Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.

Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.

Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huhu

Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..

Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..

Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.

Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.

Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat.. xmalu ke? huhuu

Nobita : Errr~ huhu..


Mereka pun pulang...


Sizuka : “Awk, awk syg sy x?

Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa

Sizuka : Buktinya??

Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe

Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu

Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.

Nobita : Eh..mestila! hehe

Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~

Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??

Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? 

Sizuka : Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je yg suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah…awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~


Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah nobita mula meluah perasaan…


Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi…awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan… kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ……



Pesanan : nama sekadar rekaan, kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan yg akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~


Renung2kan...


---------------------------------------------------------------------------------------------------

**sekadar kupipes dari orang lain,, sharing is loving!!  **

Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Khamis, 5 April 2012

Tandas Berbentuk Askar Jepun Di China

Korang jangan ingat persengketaan antara negara China dan Jepun sewaktu Perang Dunia Ke-2 dulu sudah tamat. Walaupun tiada perang secara fizikal, tetapi perang secara psikologi dan kebencian antara satu sama lain tetap ada.

Ini terbukti apabila sebuah hotel di China menyediakan mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya mempunyai bentuk seperti mulut seorang askar Jepun yang sedang ternganga. Hubungan antara Beijing dengan Tokyo kerap tegang berhubung perbalahan tentang pemilikan beberapa buah pulau di Laut China Timur.

P/s: Sampai sekarang diorang "berperang" ye...

Sumber: http://www.budakbotak.com


Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Ahad, 18 Mac 2012

Rafizi Hamdan | Pelumba Basikal Maut Kerana Langgar Lari

Bekas pelumba kelab Le Tua, Rafizi Hamdan terbunuh dalam satu kemalangan langgar lari di KM 20.3 Jalan Lingkaran Tengah 2, Taman Melawati, Ampang D, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, Rafizi, 37, yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mangsa mati di tempat kejadian setelah dirempuh oleh sebuah kereta Proton Saga yang kemudian melarikan diri. Pemandu itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftaran milik kereta dia tertanggal di lokasi.


P/s: Mesti pemandu tu panik sangat, adeiiii kalau dah salah tu berenti je la. Apa2 pon Al-Fatihah pada mangsa...

Sumber: http://www.budakbotak.com/


Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Khamis, 15 Mac 2012

cinta dan airmata

cinta datang lagi..
namun hati itu
tercuri sebelum ketemu
tanpa disedari hati dibelit kasih
terkalung madah membuat cinta
hingga terlalai ..tak bertanya..
tetiba suatu tika
terluah jua
hati nya sudah berbunga cinta
sebelum putik kasih ku dibelai
cinta dan airmata
tak bisa berpisah..
resah jiwa melanda
kemana harus ku serah lagi
hati luka berdarah berparut
namun aku berjanji
tak akan melukai hati mu..
kerana hatiku adalah hati mu jua..

pergi ku tak kembali
doa ku kau bahagia..
walaupun kita bertemu
hanya dipuisi
cinta kita setinggi langit membiru

cinta dan airmata...tak terpisah..
duka lara berganti selalu
bahagia mungkin dihehujung pelangi
tak bisa tercapai lagi.. 


Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Jumaat, 2 Mac 2012

untuk peringatan kita bersama

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan
isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh
sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari
kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata
“Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
① Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Khamis, 1 Mac 2012

mawi dan anaknya

CAHAYA MALAIKA … itulah nama yang diberi oleh pasangan selebriti Asmawi Ani atau Mawi dan isterinya Nora’Asikin Rahmat (Ekin)


haa .. comel kan anak mawi , tapi yang pening nye , nak kate mcm muke mawi x , muke ekin pon mcm x .. hahaha , dah tu ikut muke sape tu mawi .. **gurau mawi .. jgn amik ati plak .. 
yee laa , mane tau tetibe je mawi termasuk blog ni , nmpk plak .. xkene saman aku .. hahaha ..

apa2 pun tahniah mawi dgn pasangannya ekin .. dengar kabar mawi akan gelar diri nye "abi" dan ekin "ummi" untuk anak mereka itu ..
ape2 je laa .. yang penting bahagia kan ... ^_^


comelnya CAHAYA MALAIKA

Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Rabu, 29 Februari 2012

sinar keinsafan


Aku terkenangkan diriku.. tika aku belum mengenalMu, diriku hampar...sunyi dan kesepian. Terkurung aku dalam kotak yang sempit. Terduduk, terkulai layu.. lalu menciptakan idea tantang kehampaan. Jiwa dan mindaku kosong.. namun penuh duka.
Ingin lari, namun aku tetap di tempat yang sama walau aku sendiri sentiasa dahagakan keinsafan..
Aku tersepit..

Terpaksa aku hipokrit. Senyum di balik tabir kedukaan. Kesedihan yang bertopengkan riang. Kegelisahan yang bersembunyi dalam lakonan drama ketenangan.
Kenapa? Kerana aku sentiasa merasa kehilangan. Sepertinya mata hati menyeru untuk aku mencari sesuatu yang telah hilang itu.Iaitu cahaya ketenangan. Lama aku dalam kegelapan. Lama aku dalam kesuraman yang kadangkala mengalpakan aku pada jasa dan budi insan yang sentiasa menyayangiku,menjaga aku. Memandang mereka dengan penuh kebencian dalam kesopanan, ‘bosan..benci’ tersentak dari hati.
Namun akhirnya, aku terhumban dalam gaung rasa bersalah setelah lama aku bertapak di tebing noda.

Mata yang selama ini terpejam dan terlena di sebalik keindahan akhirnya tercelik setelah terjaga dari buaian khayalan duniawi dalam dunia realiti.

Sayup-sayup kedengaran alunan irama memujiMu terus ku cuba amati, kucuba hayati..Puisi indah sejarah tentangMu...keagunganMu, kucuba perhati dan selami..
Indah..sungguh indah. Hingga mampu mengisi jiwa yang selama ini kosong.
Tiang keegoan telah tumbang dan roboh bersama pondok kegelisahan hatiku.
Keegoan yang telah lama terkurung bersama kegelisahan dalam peti persoalan tentang sinar yang kudamba kini telah terungkai.

Lucu..akhirnya baru sekarang jiwaku dihasut minda untuk mencari sinar bila hati merasai 1000 gelisah kekesalan setelah ada rasa bersalah. Padahal aku sendiri dengan sombong membelakangkanMu. Lupa pada yang sifat sementara itu adalah...sementara.

Tewas aku, dalam permainan putaran masa ini.
Kesal aku, membiarkan diri hanyut dalam deras kemajuan dan terdampar di hilir dosa.
Disaat aku membelakangkanMu, meski Kau tidak pernah lupa pada hamba seperti aku. KasihMu, kasih sebenar. Tiada tandingan..Tidak pernah leka memberikan nikmat pada manusia. Tiada tangis kekecewaan jika mencintaiMu. Cuma yang ada, tangis kekesalan atas sejarah silam yang hitam.

Namun, jauh disudut hati, aku panjatkan kesyukuran padaMu yang tak mungkin terungkap dengan kata-kata kerana temukan sinar yang kucari.
Sinar yang kini menjadi harapan baru hidupku.
DenganMu, aku temui erti cinta sebenar. Kerana cinta yang sekali sahaja Kau sinari cahayanya, tapi tak pernah malap untuk selamanya.

DenganMu, aku memahami erti cinta suci kerana janji-janji yang tak pernah Kau mungkiri.
DenganMu, aku fahami erti cinta murni kerana kata-kata yang tak pernah Kau dustai.
Keagungan CintaMu, akhirnya membwa aku tunduk sujud memuji kebesaranMu..Allahuakhbar...


Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



 
Copyright © . All Right Reserved by along slumber