along punya story ! "aLoNg PuNyA sToRy": sinar keinsafan

Halaman

along punya story

Rabu, 29 Februari 2012

sinar keinsafan


Aku terkenangkan diriku.. tika aku belum mengenalMu, diriku hampar...sunyi dan kesepian. Terkurung aku dalam kotak yang sempit. Terduduk, terkulai layu.. lalu menciptakan idea tantang kehampaan. Jiwa dan mindaku kosong.. namun penuh duka.
Ingin lari, namun aku tetap di tempat yang sama walau aku sendiri sentiasa dahagakan keinsafan..
Aku tersepit..

Terpaksa aku hipokrit. Senyum di balik tabir kedukaan. Kesedihan yang bertopengkan riang. Kegelisahan yang bersembunyi dalam lakonan drama ketenangan.
Kenapa? Kerana aku sentiasa merasa kehilangan. Sepertinya mata hati menyeru untuk aku mencari sesuatu yang telah hilang itu.Iaitu cahaya ketenangan. Lama aku dalam kegelapan. Lama aku dalam kesuraman yang kadangkala mengalpakan aku pada jasa dan budi insan yang sentiasa menyayangiku,menjaga aku. Memandang mereka dengan penuh kebencian dalam kesopanan, ‘bosan..benci’ tersentak dari hati.
Namun akhirnya, aku terhumban dalam gaung rasa bersalah setelah lama aku bertapak di tebing noda.

Mata yang selama ini terpejam dan terlena di sebalik keindahan akhirnya tercelik setelah terjaga dari buaian khayalan duniawi dalam dunia realiti.

Sayup-sayup kedengaran alunan irama memujiMu terus ku cuba amati, kucuba hayati..Puisi indah sejarah tentangMu...keagunganMu, kucuba perhati dan selami..
Indah..sungguh indah. Hingga mampu mengisi jiwa yang selama ini kosong.
Tiang keegoan telah tumbang dan roboh bersama pondok kegelisahan hatiku.
Keegoan yang telah lama terkurung bersama kegelisahan dalam peti persoalan tentang sinar yang kudamba kini telah terungkai.

Lucu..akhirnya baru sekarang jiwaku dihasut minda untuk mencari sinar bila hati merasai 1000 gelisah kekesalan setelah ada rasa bersalah. Padahal aku sendiri dengan sombong membelakangkanMu. Lupa pada yang sifat sementara itu adalah...sementara.

Tewas aku, dalam permainan putaran masa ini.
Kesal aku, membiarkan diri hanyut dalam deras kemajuan dan terdampar di hilir dosa.
Disaat aku membelakangkanMu, meski Kau tidak pernah lupa pada hamba seperti aku. KasihMu, kasih sebenar. Tiada tandingan..Tidak pernah leka memberikan nikmat pada manusia. Tiada tangis kekecewaan jika mencintaiMu. Cuma yang ada, tangis kekesalan atas sejarah silam yang hitam.

Namun, jauh disudut hati, aku panjatkan kesyukuran padaMu yang tak mungkin terungkap dengan kata-kata kerana temukan sinar yang kucari.
Sinar yang kini menjadi harapan baru hidupku.
DenganMu, aku temui erti cinta sebenar. Kerana cinta yang sekali sahaja Kau sinari cahayanya, tapi tak pernah malap untuk selamanya.

DenganMu, aku memahami erti cinta suci kerana janji-janji yang tak pernah Kau mungkiri.
DenganMu, aku fahami erti cinta murni kerana kata-kata yang tak pernah Kau dustai.
Keagungan CintaMu, akhirnya membwa aku tunduk sujud memuji kebesaranMu..Allahuakhbar...


Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



 
Copyright © . All Right Reserved by along slumber