along punya story ! "aLoNg PuNyA sToRy": Julai 2011

Halaman

along punya story

Khamis, 21 Julai 2011

Chelsea Sekadar Mampu Menang 1-0



Pasukan Pilihan Malaysia berjaya mengharumkan nama negara dalam pertemuan menentang antara Kelab Liga Inggeris (EPL) yang terkaya dan dibarisi bintang sepenuhnya, Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Walaupun tewas dengan, namun kekalahan 1-0 itu adalah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana mereka berdepan dengan antara pasukan terhebat EPL.
Ini pastinya satu saat yang bersejarah bagi sukan bolasepak negara.
Chelsea mendapat jaringan tunggal melalui sepakan percuma oleh Didier Drogba pada minit ke-80.
Gol yang agak kontroversi itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat barisan Pilihan Malaysia untuk terus menyerang kubu Chelsea.
Ternyata, cabaran yang dipertontonkan oleh pasukan negara telah mengejutkan Chelsea.
Pujian juga harus diberikan kepada penjaga gol, Farizal Marlias atas mutu permainan cemerlang  yang dipertontonkan malam ini.
Kehebatan beliau merupakan antara penyumbang terbesar kepada kejayaan pasukan Pilihan Malaysia.
Tahniah Pilihan Malaysia….kami bangga dengan anda.

Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



 
Copyright © . All Right Reserved by along slumber