along punya story ! "aLoNg PuNyA sToRy": Februari 2012

Halaman

along punya story

Rabu, 29 Februari 2012

sinar keinsafan


Aku terkenangkan diriku.. tika aku belum mengenalMu, diriku hampar...sunyi dan kesepian. Terkurung aku dalam kotak yang sempit. Terduduk, terkulai layu.. lalu menciptakan idea tantang kehampaan. Jiwa dan mindaku kosong.. namun penuh duka.
Ingin lari, namun aku tetap di tempat yang sama walau aku sendiri sentiasa dahagakan keinsafan..
Aku tersepit..

Terpaksa aku hipokrit. Senyum di balik tabir kedukaan. Kesedihan yang bertopengkan riang. Kegelisahan yang bersembunyi dalam lakonan drama ketenangan.
Kenapa? Kerana aku sentiasa merasa kehilangan. Sepertinya mata hati menyeru untuk aku mencari sesuatu yang telah hilang itu.Iaitu cahaya ketenangan. Lama aku dalam kegelapan. Lama aku dalam kesuraman yang kadangkala mengalpakan aku pada jasa dan budi insan yang sentiasa menyayangiku,menjaga aku. Memandang mereka dengan penuh kebencian dalam kesopanan, ‘bosan..benci’ tersentak dari hati.
Namun akhirnya, aku terhumban dalam gaung rasa bersalah setelah lama aku bertapak di tebing noda.

Mata yang selama ini terpejam dan terlena di sebalik keindahan akhirnya tercelik setelah terjaga dari buaian khayalan duniawi dalam dunia realiti.

Sayup-sayup kedengaran alunan irama memujiMu terus ku cuba amati, kucuba hayati..Puisi indah sejarah tentangMu...keagunganMu, kucuba perhati dan selami..
Indah..sungguh indah. Hingga mampu mengisi jiwa yang selama ini kosong.
Tiang keegoan telah tumbang dan roboh bersama pondok kegelisahan hatiku.
Keegoan yang telah lama terkurung bersama kegelisahan dalam peti persoalan tentang sinar yang kudamba kini telah terungkai.

Lucu..akhirnya baru sekarang jiwaku dihasut minda untuk mencari sinar bila hati merasai 1000 gelisah kekesalan setelah ada rasa bersalah. Padahal aku sendiri dengan sombong membelakangkanMu. Lupa pada yang sifat sementara itu adalah...sementara.

Tewas aku, dalam permainan putaran masa ini.
Kesal aku, membiarkan diri hanyut dalam deras kemajuan dan terdampar di hilir dosa.
Disaat aku membelakangkanMu, meski Kau tidak pernah lupa pada hamba seperti aku. KasihMu, kasih sebenar. Tiada tandingan..Tidak pernah leka memberikan nikmat pada manusia. Tiada tangis kekecewaan jika mencintaiMu. Cuma yang ada, tangis kekesalan atas sejarah silam yang hitam.

Namun, jauh disudut hati, aku panjatkan kesyukuran padaMu yang tak mungkin terungkap dengan kata-kata kerana temukan sinar yang kucari.
Sinar yang kini menjadi harapan baru hidupku.
DenganMu, aku temui erti cinta sebenar. Kerana cinta yang sekali sahaja Kau sinari cahayanya, tapi tak pernah malap untuk selamanya.

DenganMu, aku memahami erti cinta suci kerana janji-janji yang tak pernah Kau mungkiri.
DenganMu, aku fahami erti cinta murni kerana kata-kata yang tak pernah Kau dustai.
Keagungan CintaMu, akhirnya membwa aku tunduk sujud memuji kebesaranMu..Allahuakhbar...


Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Selasa, 28 Februari 2012

sinar cinta



“sedalam lautan,seluas angkasa,begitulah cintaku padamu”ungkapan klasik perasaan hati.
Namun aku kiranya tak perlu bicara, biar aku membisu dari sejuta kata.
Mampukah kau meneka hatiku andai aku diam? Kekadang akal berkata pada mata; lihatlah pada hatimu, dan hati pula berbisik pada mulut ; hamburkan kata cintamu pada dia..
Telinga yang sempurna mampu dibuai leka dengan kata cinta yang indah,cinta yang datang ibarat fantasi…
Namun ia juga harapan pada hati yang pernah tewas pada lubuk kemesraan lalu mencorakkan 1000 tangis di potret hidupku.

Kadangkala jiwaku masih dihasut sejarah lalu. Berbaloikah aku terima sinaranmu? Berbaloikah ku anggap kau harapan terakhirku?

Katakanlah ianya berbaloi. Sememangnya..aku masih bersembunyi di balik tabir ketakutan dan kedukaan. Kerana cinta bagiku sentiasa datang dan pergi tanpa ku pinta. Cinta tidak dapat dilihat. 
Namun, indah jika dirasa.. Tapi kadangkala panahannya amat memeritkan.
Hidup ini sungguh misteri,pelik dan penuh rahsia. Cinta sejati cuma sebahagiaan dari hidup.
Namun, tatkala badai kekeliruan makin menggila, Cuma satu yang ku pasti masih tegak bediri; iaitu…paksi penantian.
Penantian terhadap pertemuan kita. Penantian terhadap segalanya…
Pesanku padamu dan juga diriku, jangan kita biarkan masa pergi membawa segala milik kita ,kerna ku impikan sinar itu manjadi teman kita selamanya...

Harapan ku moga kau dapat menyingkap tabir kejujuran ku.
Segala pasir persoalan mungkin akan berterbangan..
dan berkumpul semula membentuk istana kesetiaan idaman mu. 
Atau ini semua cuma andaian dari jiwaku yang sentiasa kosong. 

Kekadang mindaku di bayangi keraguan, dapatkah sinar kita akan menjadi teman kita selamanya?
Ya…mungkin juga.. Itulah harapan halusku di dunia yang kian gersang dari kebenaran ini..
Sebenarnya, aku masih mencari kebenaran.. 
Dan kejujuran cinta.. Kau atau aku, tidak pernah mengharap tangis hadir menemani kesepian dalam drama realiti ini.
Meski aku yang masih tercari erti kehidupan ini semua.. Tapi sampai bila?
Mungkin sampai akhir hayatku..

Satu saja yang ku pinta darimu..iaitu; kebenaran.. Bukan kebenaran selepas ada penipuan..
Kerana.. Aku inginkan cahaya cinta yang kau sinari ini, tak pernah malap..
Ketenangan yang kau hujani moga akan menjadi temanku di akhir masa kehidupanku ini..
Tiada kata yang lebih berharga yang ingin ku lontarkan selain ‘terima kasih’ kerna hadir dalam hidupku..


Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Isnin, 27 Februari 2012

kehidupan




Sunyi, sepi...tenang petang ini. Angin bertiup lembut. Tiada siapa
insan yang ku lihat. Namun hanya burung-burung yang menguasai ruang legar angkasa. Burung pipit...ciptaan Allah yang agung. Kecil dan lemah dari pandangan lahiriah manusia. Tapi besar hatinya dalam menerajui hidup. Tak pernah gentir untuk meneroka lebih jauh dan sentiasa tak pernah lupakan teman nya..
Hidup sekawan dan terbang berkumpulan bersama.. itulah dia burung pipit. Tak berakal seperti kita, namun memahami erti kekeluargaan. Sentiasa bertoleransi sesamanya..

Walau kerdil, namun burung pipit tetap manjadi burung pipit. Malah, membiarkan dirinya mudah dikenali dari burung-burung lain. Tidak pernah kesal menjadi burung pipit malah sentiasa bangga terbang bersama kawan-kawannya.

Setiap pagi,setiap petang, burung pipit itu pasti akan berkicauan.. terbang kesana kemari mencari pengalas perut untuknya dan untuk anaknya.Namun kadangkala terpaksa jatuh tersungkur di gubuk-gubuk mata pencarian..Tinggal anak burung pipit yang terbiar sendiri di sarangnya..menanti.. tapi sampai bila?. Seribu penantian namun si ibu tak juga pulang membawa makanan untuk santapan bersama. Anak-anak burung itu semakin lemah, namun yang kuat sahaja yang akan tetap teruskan hidup..

Anak burung yang terus hidup itu telah mempelajari sesuatu yang lebih berharga..iaitu berdikari. Sendirinya bangun kembali terbang selepas jatuh ke tanah. Tabah dan tabah.. semata untuk satu. Iaitu ; hidup. Berjuang untuk hidup sehingga ia dewasa dan mempunyai teman sendiri.

Namun kita, kekadang terlupa untuk melihat melalui mata hati sendiri. Masing-masing di himpit paradigma yang kian menerkam waktu. Masing-masing terlupa akan sesuatu yang hanya boleh dirasa dan tidak boleh dilihat secara lahiriah. Masa sentiasa membawa pergi nilai-nilai indah itu, atau kita yang sengaja membiarkannya lenyap ditelan masa? Tiada noktah, namun yang ada tanda tanya dalam kehidupan ini bagi mereka yang cintakan kebebasan sejati. Sememangnya bagiku kita masih lagi kuat dicengkam dengan penjajahan secara halus. Budaya bukan sebenarnya untuk kita kini menjadi ikon utama masyarakat. Bukan secara luaran semata, malah rohani juga. Adakah kita semua menjadi mangsa kemajuan atau kita sengaja menjadikan diri mangsa kehidupan ini? Tiada lagi nilai masyarakat melayu desa yang cintakan kekeluargaan mahupun jiran tetangga..tiada lagi kesopanan dalam tiap bicara..kerana kabus semakin melitupi semua itu. ‘kau,kau..aku,akulah’itulah kata-kata yang menjadi simbol diri antara sedar atu tidak. Asap kemajuan makin mengaburi mata kita. Terbukti kah ‘melayu tidak akan hilang di dunia’? seperti yang pernah di katakan panglima Hang Tuah. Atau mungkin satu hari bangsa kita akan lenyap. Mahukah? 

Aku impikan kita seperti burung-burung pipit itu,yang tak pernah lupa keluarganya, dan teman-temannya. Malah semakin tabah menghadapi arus kehidupannya sendiri. Tetap berjuang untuk hidup.

Dan kita, dapatkah kita terus berjuang untuk mencatat kembali bangsa melayu di hati masyarakat kita kini? Meski kau.. dan juga aku, mahu kita berdiri di atas dunia ini dengan bangsa realiti kita sendiri.BANGSA MELAYU.. Bukan peragaan diri fantasimu di dunia yang makin tua ini.

Wahai anak bangsaku sedarlah, perjuangan kita belum selesai. Tak kan pernah selesai sebelum dan selepas 52 tahun yang lalu.
Kehidupan ini satu perjalanan yang amat panjang. Kehidupan ini juga sangat misteri dan penuh rahsia untuk dimengertikan. Hatta aku sendiri masih mencari jawapan agar aku juga turut temui kemerdekaan yang abadi untuk diriku,jiwaku, mahupun mindaku.

Namun ingin ku katakan, selama mana masa yang harus kita tempuhi lagi, sejauh mana perjalanan hidup ini, janganlah sekali lupa pada siapa kita sebenarnya..pada masyarakatmu, hatta pada bangsamu. Jadilah kau seperti asalmu yang tak berubah. Kembalikanlah bangsaku di kehidupan terakhir ini.

Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Ahad, 26 Februari 2012

lirik lagu ya sudahlah by bondan prakoso


hahaha , tak tahu kenapa aku minat sangat dengan lagu ni , tiap2 hari aku dengar .. :)



"YA Sudahlah"

B:
Ketika mimpimu yg begitu indah,
tak pernah terwujud..ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu,
dan tak pernah sampai..ya sudahlah (hhmm)

*reff:
Apapun yg terjadi, ku kan slalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih..coz everything's gonna be OKAY

Santoz:
yo..Satu dari sekian kemungkinan
kau jatuh tanpa ada harapan
saat itu raga kupersembahkan
bersama jiwa, cita,cinta dan harapan

Lezz:
Kita sambung satu persatu sebab akibat
tapi tenanglah mata hati kita kan lihat
menuntun ke arah mata angin bahagia
kau dan aku tahu,jalan selalu ada

titz:
juga ku tahu lagi problema kan terus menerjang
bagai deras ombak yang menabrak karang
namun ku tahu..ku tahu kau mampu tuk tetap tenang
hadapi ini bersamaku hingga ajal datang

B:
Sempat kau berharap keramahan cinta,
tak pernah kau dapat..ya sudahlah
yeeah..dengar ku bernyanyi..lalalalalala
heyyeye yaya dedudedadedudedudidam..semua ini belum ber akhir

back to *reff

F2B:
satukan langkah..langkah yg beriring!
genggam hati, rangkul emosi!

B:
Genggamlah hatiku, satukan langkah kita

F2B:
Sama rasa, tanpa pamrih
ini cinta..across da sea

B:
peluklah diriku..terbanglah bersamaku, melayang jauh.. (come fly with me, baby)

F2B:
Ini aku dari ujung rambut menyusur jemari
sosok ini yg menerima kelemahan hati
yea..aku cinta kau..(ini cinta kita)
cukup satu waktu yes.(untuk satu cinta)

satu cinta ini akan tuntun jalanku
rapatkan jiwamu yo tenang disisiku
rebahkan rasamu..untuk yg ditunggu
BAHAGIA..HINGGA UJUNG WAKTU..

back to *reff (together) 3x
===========================


Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

air mata seorang lelaki



Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak



Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Khamis, 23 Februari 2012

cukup lah aku mencintai dalam diam



Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)


P/S PDH : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…


Terima Kasih Kerana Membaca Entry Along ! Like Kalau Suka !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



 
Copyright © . All Right Reserved by along slumber